Monday, March 11, 2013

Sahabat, kamu dihatiku selamanya




Aku mula mengenalimu beberapa tahun yang lalu.Namun hanya sebagai kawan biasa. Kamu seorang yang ceria, manis dan peramah.Rasa senang bergaul denganmu.Bertanya khabar, makan , bercerita dan ketawa bersama...Kamu selalu pening kepala dengan kerenah aku yang suka menyakat aku..Bila dah geram kamu akan cakap ..
  
"Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada aku untuk bertahan dengan pompuan ini!!!!!"..

Hahahaa , kamu memang comei bila marah aku..Kau juga suka habiskan makanan aku..walaupun secara paksa.

."Wei, ko makan la..tak baik tinggal"..
"Eee, ko tahu tak perut aku dah buncit!!!.." 

Dalam kau marah aku, ko suapkan juga masuk dalam mulut kamu..



Selang beberapa bulan lepas tu, aku terserempak denganmu ditempat biasa kita bertemu..Tiba-tiba aku dikejutkan dengan berita yang kamu akan melanjutkan pengajian kamu. Alhamdulillah, aku gembira tetapi berasa sedikit kesedihan kerana terpaksa berjauhan denganmu. Tapi aku x kesah, masa depanmu.Aku doakan yang terbaik buatmu.


Bermulanya kehidupan kamu di tempat baru..Aku seperti biasa akan bertanyakan khabar kamu..Haaa!!! time ni mmg kamu emosi sangat sebab kamu tengah buat persedian untuk peperiksaan. Kesian kamu, lambat dapat pelepasan dari pihak atasan, jadi kamu terlepas banyak dan kamu terpaksa belajar sendiri..Dalam kekalutan kamu menghadapi peperiksaan, tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu mesej dari kamu...

" Awak. kalau suatu hari nanti saya dah takde, awak ingat lah persahabatan kita ye...."

"Kamu ni pasaipa?!!!!"

 Tanya aku , mulai gelabah.... aku mula bertanya dan bertanya kepada kamu, dan akhirnya kamu membalas dengan satu mesej yang meruntun hatiku..membuatkan aku sebak dan menangis sepanjang malam....

"Aku sakit..Aku mungkin dah tak lama...bila-bila masa saja saya boleh pergi awak.."

Selepas itu disusuli pulak dengan mesej ni...

"Syuhaiza, sahabatku ketahuilah...walaupun diri ini dah xdak lagi, akan aku kenangi segalanya. walaupun pertemuan kita cuma seketika namun ia cukup bermakna, pergiku jgn sesekali kau tangisi ya, cukuplah sekadar alfatihah sebagai titipan ku disana..."

Aku menangis lagi.Ambil masa berhari juga untuk aku menerima kenyataan yanh pahit ini. Aku tak minta dipujuk, namun mungkin kamu rasa bersalah, kamu cuba gembirakan hatiku dengan lawak-lawak kamu yang sangat menggelikan hati...Namun, tanpa disedari. satu rasa yang tak dapat dikatakan, terbit dari dasar hati ini. Aku takut kehilangan mu sahabat...Aku mula rasakan yang hidup aku akan sunyi bila kamu tiada nanti.. Mulai detik inilah terbitnya rasa sayang yang mendalam kepada kamu...oh sahabat, aku tidak dapat bayangkan hari - hari ku tanpamu ...


Baik,aku mesti kuat! Aku takkan bersedih!! Tentulah kamu akan susah hati tgk keadaan aku, kan?..Jadi aku mula menjadi keanak-anakan dengan kamu..Alaaa...kamu pon sama ja....selalu merajuk, selalu kena dipujuk..dah tu, selalu marah aku...hahahaaaa....Aku makin sayang padamu sahabat...

Alhamdulillah, suatu malam aku mendapat panggilan darimu.. berita gembira dari kamu.!!.Syukur, akhirnya kamu betemu jodoh juga, In Sha Allah..Taktala kita asyik berborak ,tiba-tiba kamu mengeluarkan topik yang....*oh aku sedih untuk menyebutnya*..aku terdengar esakan tangismu,walaupun kamu cuba menafikannya, walaupun kamu berlagak bersahaja,namun aku tahu apa didalam hatimu, kerana aku lebih mengenali dirimu....

Dikesempatan ini,ketahuilah sahabat..walau apa terjadi...

Bila kamu gembira, aku turut gembira.
Bila kamu bersedih, akulah orang pertama yang merasainya..walaupun jauh, hatiku dapat merasakannya..kamu x dapat menafikannya, sebab aku mengenalimu...

Walau sebanyak mana pun kekurangan kamu,

Aku terima seadaanya, kerana sayangnya aku padamu mengatasi kekurangan yang ada padamu


Walau sekerap mana aku disakiti oleh kamu,
Aku memaafkan mu, cuba memujukmu,

Kerana aku tidak mahu kehilangan sahabat sepertimu dan aku takut tiada lagi hari esok buatmu



Andai kamu meminta pertolongan, pasti akanku berikan yang termampu
Kerana aku takut, itu mungkin pertolongan terakhir dapat ku hulurkan
Biar kita sama-sama susah, sama-sama senang



Aku suka memberi dan menghadiahkan sesuatu
Walau sekecil mana pun, kerana aku tahu kamu menghargainya...


Bila kamu kesedihan dan inginkan aku dekatmu,
Pasti aku akan berusaha tenangkanmu  walaupun tidak dapat bersamamu,
agar kehadiranku itu menjadi kegembiraan buatmu dikala aku diperlukan

Kamulah pendengarku yang baik sahabat..
Kamu sanggup korbankan masa sibukmu hanya untuk mendengar pengaduanku yang tak seberapa...
 

Aku akan meluangkan masa sebaik mungkin denganmu
Agar mempunyai kenangan terindah bersama

Andai aku disakiti
Pasti kamu yang pertama mengetahui, kamu yang paling risaukanku,


Sahabat sejatiku,Setiap saat bersamamu ,sangat nikmat bagiku
Andai aku mampu undurkan masa, ingin aku bersamamu lebih lama...


Alhamdulillah, aku sgt bersyukur kepadaMu Allah  kerana mengirimkan kepadaku sahabat yang sangat memahami, menyanyangi, dan saling ingatkan diri ini kepadaMu, Yang Esa
Sahabat,aku ikhlah dan menyanyangimu sepenuh hati...Hilangmu tiada pengganti....
Bertahanlah sahabat..Aku tidak pernah jemu mendoakan kesihatanmu dan berdoa agar persahabatan kita kekal selamanya..

Sayang kamu sahabatku..kamu sentiasa dalam doa dan ingatanku,selamanya, In Sha Allah..
~ in memories; affendy azmi

1 comment:

  1. kalau sahabat baik dekat disayangi jauh dirinduii, malam dtg dlm mimpiii baik juga kalau boleh bersatu satu hari nnti...Insya Allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...