Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak
diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya
seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan
yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai
oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W.
Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi
berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk
meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat
merealisasikan cintanya.
Itulah Ali, sepupu baginda sendiri.
Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia
nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
”Allah mengujiku rupanya.” begitu batin
Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibandingkan dengan Abu
Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan
kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada
Allah dan Rasul-Nya tak tertandingi.
Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi
teman perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan
beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu
Bakar berdakwah, hingga banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang
masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakar. Uthman, Abdurrahman ibn Auf,
Thalhah, Zubair, Sa’ad ibn Abi Waqqash, Mush’ab semuanya hasil dakwah
dari Abu Bakar. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang
pergaulan seperti Ali.
Lihatlah berapa banyak hamba muslim yang
dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar. Bilal, Khabbab,
keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud, semuanya berhutang budi dengan
Abu Bakar. Dan siapa budak yang dibebaskan Ali? Dari segi kewangan, Abu
Bakar seorang saudagar, insyaAllah lebih mampu membahagiakan Fathimah.
Sedangkan Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam Ali.
”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”
”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya.
Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi.
Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri.
Tapi, ujian itu bukan setakat disitu,
kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang
sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, kini dia pula cuba
meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan
keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu
yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani
mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari
ketakutan.
Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan
kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri
betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan Umar,
aku keluar bersama Abu Bakar dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan
Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah.
Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya.
Tetapi, sekali lagi peluang terbuka,
tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak.
Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat
baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq
r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul
Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan
antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda
bertanya kepada Abu Bakar “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan
Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar menyatakan kesediaanya. Ia
beranjak untuk menghubungi Ali. Sewaktu Ali melihat datangnya Abu Bakar
dengan tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya:
“Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirehat sejenak Abu
Bakar dengan segera menjelaskan kedatangannya. “Hai Ali, engkau adalah
orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai
keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada
dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasulullah s.a.w.
Beberapa orang sahabat terkemuka telah
menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau.
Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa
persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi, hai Ali
apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri
beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri?
Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar itu,
Saidina Ali mula mengalirkan air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali
berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang
semulanya tenang. Anda telah mengingatkan diriku sesuatu yang sudah
kulupakan. Demi Allah aku memang mengkehendaki Fatimah tetapi yang
menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai
apa-apa.”
Abu Bakar menjadi terharu mendengar
jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali, Abu
Bakar berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi
Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu
bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya, Abu Bakar berhasil mendorong keberanian Ali untuk melamar puteri Rasulullah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian, Saidina Ali
datang menghadap Rasulullah s.a.w. yang ketika itu sedang berada di
tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu
Salamah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?”
Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia
orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan
Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salamah Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa
Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai
kunjungan Saidina Ali kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri
cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu
kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu
kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan
dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau.
Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud
tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasulullah mendahului berkata: “Hai Ali,
nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada
dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w.
yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata:
“Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil
aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala
aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat
kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku
bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat.
Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin
berumah tangga, yakni hidup bersama dengan seorang isteri. Sekarang aku
datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah
apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salamah melanjutkan kisahnya: “Saat
itu kulihat wajah Rasulullah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum
beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali, apakah engkau
mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .
“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib
dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada
sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai
apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”
“Tentang pedangmu itu” kata Rasulullah
s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “Engkau tetap memerlukannya
untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat
keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya
dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau
hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima
barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah
‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit
sebelum aku menikahkan engkau di bumi!”
Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah segala-galanya siap dengan
perasaan puas dan hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat
Rasulullah mengucapkan kata-kata ijabkabul pernikahan puterinya:
“Bahawasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau
Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat
menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu kuterima dengan baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.
Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Seperti Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.
Dan ternyata tak kurang juga yang
dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa
suatu hari, Fatimah berkata kepada Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu, aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”
Ali terpana. Kemudian dia berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”
*********************************************
Begitulah cinta yang bersenikan diam.
Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin
cinta mereka melebihi cinta kepadaNya. Memang sukar menjadi mereka,
tetapi untuk meneladani mereka tidaklah sukar.
Wahai lelaki, jadilah sejantan Ali,
melamar gadis pilihanmu dengan jalan yang diredhai-Nya, yakni
pernikahan, bukannya couple, kerana bercouple itu banyak keburukan
berbanding kebaikan. Para wanita pula, teladanilah Fatimah, menjaga
peribadinya biarpun hatinya meruntun cintakan pemuda sehebat Ali r.a.
Titipkan cintamu kepada jodoh yang belum
diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik.
Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap
masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya bukan untukmu,
redhailah, kerana tuhan ada perancangan yang lebih baik lagi buat kita.
Berusahalah ke arahnya, kerana jika kamu
ingin memiliki cinta, pasti kamu akan berusaha ke arahnya. Kerana usaha
itu pasti akan menambah keyakinanmu, dan menghilangkan keraguanmu. Yang
penting dengan jalan yang diredhai-Nya.
Buat diriku juga, saat ku jatuh cinta
denganmu, akan ku diam dan dirimu pasti tak ketahui, melainkan setelah
diriku datang kepada keluargamu, untuk menzahirkan yang terbuku, wahai
jodoh yang tak diketahui.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.
Ia mengambil kesempatan atau mempersilakan.
Ia adalah keberanian, atau pengorbanan.
No comments:
Post a Comment