Monday, April 15, 2013

19 Hadis Rasulullah SAW Mengenai Wanita





  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat  daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)
  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
  12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.
  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  16.   Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga
  18.  Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga
  19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Tuesday, April 9, 2013

Buku paling tak boleh blah...(6 pics)

Blah blah blah blah blah...blah blah blah.blah blah




Blah blah blah blah blah...blah blah blah.blah blah Blah blah blah blah blah...blah blah blah.blah blah Blah blah blah blah blah...blah blah blah.blah blah...

http://www.incrediblethings.com/entertainment/blah-blah-blah-book/

Sunday, March 31, 2013

Era Rekabenuk Dalaman

Reka bentuk dalaman telah bertransformasi berabad sejak 20-an lagi. Bermula dengan Art Deco sehingga sekarang.



 


Sunday, March 24, 2013

TANDA-TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS

FAKTOR-FAKTOR GANGGUAN

A) Berpunca Daripada Jin

-Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
-Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
-Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
-Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
-Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
-Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

B) Berpunca Daripada Manusia
-Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
-Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
-Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
-Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
-Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
-Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
-Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
-Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:

a.Terlalu marah.
b.Terlalu takut.
c.Nafsu syahawat yang tinggi.
d.Manusia yang lalai.
e.Jahil
-Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.

TANDA-TANDA GANGGUAN

a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:

-Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
-Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
-Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta pertolongan tetapi tidak berdaya.
-Mimpi buruk yang menakutkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, singa, tikus dan sebagainya.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
-Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan perkuburan.
-Mimpi melihat makhluk halus.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
-Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
-Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh dan sebagainya (tanda santau).

b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:

-Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
-Hilang ingatan (Gila).
-Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
-Lesu dan malas.
-Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
-Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
-Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi.
-Melihat sesuatu yang pelik.
-Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
-Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
-Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
-Jiwa lemah dan mudah mengalah.
-Selalu mengantuk.
-Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit tersebut
-Mudah marah dan panas baran.
-Hilang darah.
-Agresif dan bertindak liar.

Sumber: Ustaz Sharhan

Saturday, March 23, 2013

Ciri dan Sifat Anak

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.
Anda anak keberapa?!!
 

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

Tuesday, March 12, 2013

cara anda galas beg tentukan personaliti anda?!!!

Anda dan cara galas beg..:))


Betul ke apa yang aku baca ni.. Pagi-pagi dah gelak besar terbaca benda ni..Ikut pemerhatian aku yang tak beberapa perati ni, selalunya A dengan D ni memang normal la nampak tak kira la students ke kakak2 yang gi shopping, makcik2 yang g pasar, abang2 yang g dating kan...Yang F plak slalu budak2 sekolah yang agak 'nakal'...tapi kalu B ngan E ni plak.....errr...ntahla, mereka ni fashionista yang creative tahap gaban gamaknya...



Dari kesimpulan yang boleh dibuat, aku kena mula perati yang suka galas beg style E ni..Sejuk hati dapat calon macam ni...Apapun, aku mmg selesa galas beg style D tu...senang nak buat kerja memandangkan aku slalu kena keluar site..Tapi aku bukan jenis yang suka sailang member punya balak, k...:))




Terima kasih kepada tuan punya idea yang kreatif itu..

Anda GENIUS ???

Bukan semua orang di dunia ini dilahirkan genius, kan? Syukur kepada yang terpilih..Tapi bagi orang biasa, jika anda lakukan seperti ini..anda memang GENIUS!!!

 Jadi hargai diri anda..bak kata iklan tue....

" Kerana dirimu begitu berharga"

dari : http://www.incidentalcomics.com/2013/03/genius-is.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...